Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers


Tadaa.... Kek nie sempena sambutan Hari Bapa. Yong ( kakak sulung) yang membuat kek. Kami nie punyai hobi yang sama bab-bab masakan nie. Jadi Yong nak mencuba deco kek, kebetulan Jue balik ke Tanjung Malim kenduri kahwin sepupu mak. jue pun bukan pandai lagi nak deco-deco atas kek, jadi sama-samalah belajar buat. Kek coklat tu hasil kerjatangan Yong. Kek oren pula Jue hanya buatkan bunga ros sahaja, itupun baru cubaan yang pertama. macam mana nak ajar orang sedangkan bunganyer pun hengot-bengot. Kuwa kuwa kuwa.......
Oleh kerana lupa bawa penimbang sukat, utk buttercream nie pakai redah jer...
Bahan-bahan Buttercream
5 sudu besar krimwell
2 1/2 sudu besar mentega / butter
2 1/2 sudu besar gula
pewarna pilihan
cara-cara
pukul krimwell bersama butter sehingga kembang.
kemudian masukkan pula gula, pukul hingga kembang dan bertanduk.
bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna yang dikehendaki.
Topping Coklat.
coklat masakan
sedikit shortening
cara-cara.
Double-boilkan coklat masakan. apabila cair angkat kemudian masukkan shortening. kacau hingga sebati. boleh terus di tuang ke atas kek.

0 ulasan: