Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Kek nie bukan Jue buat tau... Nie pegawai kat opis Jue yang membuatnyer. nak buat kek nie memang memerlukan kesabaran. Lama baru bleh dapat hasilnyer. tapi suatu hari nanti Jue nak try buat kek nie. (nak test penyabar ke tidak aku nie) he he he he he....
Ghase kek nie memang sedap. nak lagi yang membuatnyer anak dara, lagi bertambah sedap la kek lapis nie.


Tadaa.... Kek nie sempena sambutan Hari Bapa. Yong ( kakak sulung) yang membuat kek. Kami nie punyai hobi yang sama bab-bab masakan nie. Jadi Yong nak mencuba deco kek, kebetulan Jue balik ke Tanjung Malim kenduri kahwin sepupu mak. jue pun bukan pandai lagi nak deco-deco atas kek, jadi sama-samalah belajar buat. Kek coklat tu hasil kerjatangan Yong. Kek oren pula Jue hanya buatkan bunga ros sahaja, itupun baru cubaan yang pertama. macam mana nak ajar orang sedangkan bunganyer pun hengot-bengot. Kuwa kuwa kuwa.......
Oleh kerana lupa bawa penimbang sukat, utk buttercream nie pakai redah jer...
Bahan-bahan Buttercream
5 sudu besar krimwell
2 1/2 sudu besar mentega / butter
2 1/2 sudu besar gula
pewarna pilihan
cara-cara
pukul krimwell bersama butter sehingga kembang.
kemudian masukkan pula gula, pukul hingga kembang dan bertanduk.
bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna yang dikehendaki.
Topping Coklat.
coklat masakan
sedikit shortening
cara-cara.
Double-boilkan coklat masakan. apabila cair angkat kemudian masukkan shortening. kacau hingga sebati. boleh terus di tuang ke atas kek.

Baju nie K.iza beri pada hari Selasa dan mahu dipakai pada hari Sabtu.request untuk jahit tangan dan leher. Alhamdulillah dapat juga Jue siapkan kedua-dua pasang baju nie. Baju si kakak dan Si adik nie Jue menggunakan patern bunga yang sama. patern yang Jue pinjam dr blog kak Amoi.( bukan curi tau.... kak amoi telah mengizinkan pelawat yang melayari blog nyer menggunakan contoh jahitan manik sebagai panduan pada yang ketandusan idea. TQ kak Amoi.)... Untuk baju K. iza belum lagi dijahit coz nak pakai utk ghaya katanyer... masih ada masa nak cari idea. Untuk baju anak k. Iza sukar skit nak cari padanan warna coz warna bajunyer terang dan penuh bunga.


Atas permintaan teman-teman yg ingin mencuba donut suria, jue sertakan sekali resepinyer.

Resepi Donut Suria
sunber : lanalang (WMC)
a
3 cawan tepung gandum
2 sudu susu tepung
2 sudu shortening
2 sudu gula castor

b
200 ml air suam
2 sudu teh yis
20 ml air - sebagai tambahan jika adunan terkeras

cara

* campurkan tepung gandum, susu tepung shortening dan gula castor dan gaul sehingga sebati (a)
* kemudian campurkan air suam bersam yis gaul sebati (b)
*kemudian campurkan bahan (a) dan (b) uli sehingga kental dan jika terasa keras boleh campurkan air tambahan sedikit demi sedikit.
*then uli dan terap bulat-bulat.
*perap lebih kurang 1/2 jam
* boleh lah digoreng dengan api perlahan

cuba jangan tak cuba.


ni pula cookies yang dah lama nak buat tak terbuat-buat. Sambil menunggu kek masak, qaisara pula tidur masih sempat buat sante finger nie. first time buat, rasanyer memang tidak menghampakan. yang penting anak-anak Jue amat menyukainyer. Mula-mula buat 1 adunan saja. bawa keluar jer dr oven, abis.... Si Isya siap angkut makan depan Tv. Jue ckp dgn dia, "macam mana mama nak bawa utk Mbah, dah tinggal setengah jer dalam bekas nie". Si Isya jawab " mama buat jer la lagi yang ni kakak nak makan & simpan bawa g sekolah nanti". Oleh kerana tengok suka sangat Isya makan cookies ni bermakna sedap la tu. Tq Kak Lisha. Resepi nie memang Sedap bangat...... Walaupun tak sempat nak topping dgn coklat tetap abis. Siap buat satu lg adunan coz nak bawa balik kg.

Kat kg pun pun diorg siap puji sedap gitew. kembang kempis hidung nie. Habis satu bekas. Jue tengok FIL pun suka makan. Apapun terima kasih bebanyak laaa tuan resepi coz memberikan
Resepi yang memang sedap.




Bekas nak pulang kat Jiran... Topping tu lebihan dr topping kek. nak elak dr membazir toppingkanlah sekeping dua.
Hari sabtu baru nie, Jue buat sebiji lagi kek coklat moist. Resepi nyer tetap sama seperti selalu. Topping tetap menggunakan coklat masakan yang dicairkan bersama shortening. Hanya untuk yang berwarna putih Jue ubah sikit , tidak menggunakan coklat putih yang di cairkan. Kek nie sempena birthday FIL Jue yang jatuh pada 25.6.09. tak pe lah sambut lambat sikit kannn.



utk Cream

4 sudu besar shortening
2 sudu besar krimwell
2 sudu besar gula castor


* masukkan shortening bersama krimwell. pukul sehingga sebati
* kemudian masukkan gula castor pukul sehingga kembang dan putih.

( pada sesiapa yang menggunakan pemutar elektrik pukul pada kelajuan perlahan sahaja. macam jue guna manual whisk sahaja. nak tercabut tangan memukul nyer)