Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Ovarian cyst....





Pada 19/4/2011 aku telah dikejutkan dengan beita yang aku "memiliki" Ovarian  cyst oleh Doktor....Ukuran cyst adalah 11.9cm x 8.95cm. Doktor Klinik Al-Farabi telah mengeluarkan surat rujukan kepada HTAA Bahagian O&G. Disana aku terus dibawa berjumpa dengan Dokto Pakar "DR. Sudesan". Sekali lagi aku discan dan aku diarahkan oleh doktor supaya menjalani ujian darah dengan segera. Untuk menjalani ujian darah di HTAA adalah pada bulan jun dan terlalu lewat kata doktor. Aku diminta menjalaninya di Klinik Swasta..


Pada 3/5/2011 aku kembali berjumpa doktor gyne untuk mengetahui result ujian darah....Alhamdulillah ianya bukan kanser.... disana aku menerima kaunseling dr doktor pakar. Ya betul....aku harusi menerima ketentuan tuhan kemungkinan besar salah satu ovariku ini akan dibuang. Mungkin untuk memuaskan hatiku ini doktor mencadangkan aku menjalani CT Scan..

Pada 24/5/2011 aku menjalani CT Scan. Debaran dihati hanya Tuhan saja yang tahu......

Pada 7/6/2011 temujanji bersama Doktor Gyne....Dr Nur menyatakan bahawa result CT Scan ku byk perkhabaran gembira...Alhamdulillah.......Aku menerima kaunseling sekali lagi....sebelum doktor Nur menetapkan tarikh Major Operation aku telah menyatakan pada nye yang Period ku tidak datang lagi. Dan mengikut UPT aku positive......waawaaaawaa.....kena aku diuji lagi......setahu aku org yang mengidap Ovarian cyst sukar utk mengandung dan pada kes ku pulak sebaliknya. Dr Nur menyuruhku tunggu kerana Dr Raziah mahu berjumpa dengan ku juga.....


Dr Raziah macam tak percaya....aku pun tak percaya......tapi ini semua sudah ditentukan......banyak kata2 semangat dan peransang yang diberikan kepadaku.....Risiko untuk fetusku cacat adalah 5% kerana terdapat radiasi semasa aku menjalani CT Scan....Dugaan.....Tak sanggup rasanya utk mendengarnya....tapi aku harus terima...aku kena kuat kata Dr. Bukan kita yang menentukan semua ini....Maha Pencipta....
Risiko utk Bayi ku mendapat Leukimia juga 5%.....dan sekiranya dewasa risiko utk mendapat kanser juga ada.....YA ALLAH....kuatkanlah semangatku ini......Terlalu berat ujianMu untuk kuharungi......Major operation telah ditetapkan pada 29/7/2011 kerana pada masa itu usia kandungan ku dlm 16 minggu. Semoga Anak mama juga kuat untuk menempuh dan mengharunginyer....Mama perlu kuat untuk dirimu Sayang........Bukan mama tak menerima kehadiranmu....tapi hadirmu tanpa diduga.........

0 ulasan: