sebelum bakar
selepas dibakar.....Baru nie pergi rumah ibu saudara cik suamiku dan kami telah dihidangkan dengan homemade pizza.... Sedap bangat rotinyerr. walaupun dah sejuk rotinyerr still lembut. Oleh kerana anak-anak ku begitu menyukainyer dengan muka tak malu aku "mengendeng" resepi dari bibik Jue (mcm nama aku plak) hehehehehe.
Tapi resepinyer tak ada sukatan khusus:
Doh Pizza: (dpt dlm 3 biji)
500 g tepung (jue guna high protein)
1 bungkus mauripan
1 sudu makan marjerin (Jue guna shortening)
sedikit gula
sedikit garam
minyak masak ( mcm nak buat kulit karipap" tepung + minyak " adun agar sebati - peroi )
air suam
campur semua bahan kering dan shortening baru masuk minyak. minyak tu isi sedikit demi sedikit agak2 tepung tu jadi sebati (mcm nak buat kulit kuih karipap). kemudian baru masukkan air suam. - sorry masa buat pun jue tiada sukatan khusus. uli aduna lebih kurang 15 minit biarkan seketika agar doh naik 2x ganda. (jue tutup guna kain lembab agar yis tu cepat membiak.heheheh...)
Kemudian apabila doh dah naik 2x ganda letak dalam acuan bulat kemudian biarkan seketika agar doh naik baru bakar dlm oven suhu 180 c selama 10 minit kemudian keluarkan baru isi toppingnyer. kmdn bakar 15 minit.
Topping :
sos cili
isi ayam
bawang putih
sosej
capsicum
cendawan butang
cheese mozarella
serbuk lada hitam
tumis ayam bersama bawang putih seketika, angkat dan toskan. Sapukan sos cili di atas kepingan pizza kemudian taburkan isi ayam, capsicum, sosej, cendawan butang (potong kecil2), serbuk lada hitam. kemudian taburkan parutan cheese mozarella (tabur banyak sikit baru best....)
Budak-budak klu dapat cheese lebih nie lagi la diorang sukaa...
0 ulasan:
Catat Ulasan