Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Pada kengkawan semua nanti jue displaykan gambarnyer yerk. skarang nie kamera ku buat hal tak tau la bateri yang rosak atau pengecasnyer. bila cas jer bateri tak masuk. bila bawa pergi kedai bleh plak (bw skali bateri n cas nak tau yang mana satu rosak). Cina kedai tu kata Jue tak pandai pasang bateri, dlm hati nie mangomel kat cina tu. Bkn baru Jue pkai kamera tu dah dekat setahun dah. Selama hari nie cas bleh jer.. Bila bw balik rumah try still kick. Try kat opis pun sama, kick. dah macam-macam cara buat. JAdi tunggu yerk nanti Jue letak gambar dlm entry nie biar kasi semangat kengkawan mencuba resepi yang tak seberapa nie.Sabarrr...........n tunggu............




Simple Coleslaw



kubis segar - cincang

1 biji carrot - cincang

1/2 biji bawang besar -potong dadu

mayonis -

sedikit garam

sedikit gula



cara



Basuh kobis dgn air garam. Kobis dan carrot dicincang.

satukan dlm bekas kobis, carrot dan bawang besar. kemudian masukkan mayonis, sedikit garam dan gula. Gaul sebati..simpan dlm petisejuk. Klu nak masam bleh tambah sedikit perahan asam limau/lemon. tapi bagi Jue mayonis saja dah cukup masam....

Klu coleslaw nie disimpan dlm petisejuk bleh tahan dlm 3 atau 4 hari... Makin sejuk makin sedappp... Ala-ala KFC gitu...

Cubalahhh.....



Baru keluar dr oven


tekak rasa nak makan ayam panggang search dlm internet terjumla lah resepi niee


Lemon Rosemary Chicken Grilled


Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)


Diolah oleh Jeni





1 ekor ayam sederhana besar


1 biji lemon


3 ulas bawang putih - jue pakai dlm 5,6 ulas juga


2 biji ubi kentang


3 biji baby carrot


2 biji tomato


1 biji bawang besar


1 s/b olive oil


segenggam rosemary kering


1 s/b serbuk lada hitam





cara





~ lemon, kentang dan bawang putih rebus selama 15 minit. Angkat dan toskan


~ Tumbuk bawang putih bersama rosemary sehingga lumat


~ campurkan serbulk lada hitam dan olive oil.


~ ambil sedikit campuran tadi gaulkan bersama lemon, kentang, tomato, baby carrot dan


bawang besar.


~ Lemon tadi dicucuk dgn garfu supaya jusnya nanti terkeluar apabila disumbat ke dalam perut


ayam bersam kentang, bawang besar, tomato, carrot,


~ dengan menggunakan toothpick cucuk lubang ayam tadi agar ayam tidak terkeluar.


~ Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi.


~ Susun lebihan kentang, carrot, bawang besar dan tomato dan bakar dlm oven selama 180 c


selama 1 jam atau sehingga masak.





Sedap dimakan bersama coleslaw. cubalah kengkawan... sedap... sampai anak jue ckp macam nie mama dah tak payah kerja la. mama kerja ngan KFC jer sebab dah pandai buat ayam n coleslaw.


Nanti Jue masukkan resepi coleslaw yerkkk... Tungguu.....

Nie resepi Chilled Blueberry cheesecake tapi bukan resepi Jue tau nie resepi asal "Chef hanieliza".


Bahan Based



150 g biskut chipsmore (hancurkan/mesin halus)

2 s/b butter (suhu bilik)



Bahan Kerim



250 g krim cheese

300 ml yogurt perisa buah - jue guna perisa blueberry

100 g gula halus (gula castor)

100 g ice cream vanila



Larutan agar-agar cair dipanaskan



130 mln air

1 s/b serbuk agar-agar



Hiasan (kacau sebati)



Filling Blueberry

1 s/b air suam





cara-cara



~ gaulkan biskut chipsmore dgn butter kemudian tekan ke dlm loyang

~ Pukul krim cheese bersama gula sehingga kembang

~ masukkan yogurt dan ais krim dan kacau rata

~ masukkan larutan agar-agar dan kacau rata

~ Masukkan dlm loyang dan simpan beberapa jam dalam petisejuk.

~ keluarkan dan letak filling blueberry sebagai hiasan

~ sedia dihidangkan.

Sebelum letak topping

sebelum bakar

selepas dibakar.....

Baru nie pergi rumah ibu saudara cik suamiku dan kami telah dihidangkan dengan homemade pizza.... Sedap bangat rotinyerr. walaupun dah sejuk rotinyerr still lembut. Oleh kerana anak-anak ku begitu menyukainyer dengan muka tak malu aku "mengendeng" resepi dari bibik Jue (mcm nama aku plak) hehehehehe.


Tapi resepinyer tak ada sukatan khusus:





Doh Pizza: (dpt dlm 3 biji)





500 g tepung (jue guna high protein)


1 bungkus mauripan


1 sudu makan marjerin (Jue guna shortening)


sedikit gula


sedikit garam


minyak masak ( mcm nak buat kulit karipap" tepung + minyak " adun agar sebati - peroi )


air suam





campur semua bahan kering dan shortening baru masuk minyak. minyak tu isi sedikit demi sedikit agak2 tepung tu jadi sebati (mcm nak buat kulit kuih karipap). kemudian baru masukkan air suam. - sorry masa buat pun jue tiada sukatan khusus. uli aduna lebih kurang 15 minit biarkan seketika agar doh naik 2x ganda. (jue tutup guna kain lembab agar yis tu cepat membiak.heheheh...)


Kemudian apabila doh dah naik 2x ganda letak dalam acuan bulat kemudian biarkan seketika agar doh naik baru bakar dlm oven suhu 180 c selama 10 minit kemudian keluarkan baru isi toppingnyer. kmdn bakar 15 minit.





Topping :





sos cili


isi ayam


bawang putih


sosej


capsicum


cendawan butang


cheese mozarella


serbuk lada hitam





tumis ayam bersama bawang putih seketika, angkat dan toskan. Sapukan sos cili di atas kepingan pizza kemudian taburkan isi ayam, capsicum, sosej, cendawan butang (potong kecil2), serbuk lada hitam. kemudian taburkan parutan cheese mozarella (tabur banyak sikit baru best....)


Budak-budak klu dapat cheese lebih nie lagi la diorang sukaa...
Salam semua....

Salam kengkawan,

Sekarang nie sibuk sangat sampai tak sempat nak singgah umah nie. Baru mengemas ckit dah ditinggalkan bersawang...



Ok nie kek yang dah berjaya Jue buat. Memang sedap bagi penggemar cheese.Jue memang suka bangattt makan cheesecake. first time wat Blueberry cheesecake nie amat mengecewakan jiwa dan raga. Cheesecake ku tak keras. opppsss lupa nak brth yang blueberry cheesecake nie tak perlu bakar just simpan dlm peti ais jerrr.

Try lagi sekali buat dan alhamdullilah.... YESS berjaya. Mula-mula buat Jue just beli serbuk agar2 di pasaraya jerr. Mungkin ada perbezaan bila second time buat guna serbuk agar2 beli di bakery baru lah menjadi. Nanti Jue update kan tesepinyer ...Tunggu....Buat kak ani Jue akan update sekali ngan resepi Sante Finger dan Pizza...