Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sekolah Isya adakan Jamuan Hari Guru pada hari Isnin 18/5/09.Hanya Kek ni jer yang sempat Jue buatkan. Almaklumlah penat balik dr kg tgk MIL & FIL accident tak hilang lagi. Kat sini Juesertakan sekali resepi nyer tp ini bukan resepi Jue.Jue minta maaf, Jue lupa dari blog siapa (minta maaf pemilik resepi yerk, kek nie memang sedap dan amat mudah membuatnyer.)






Kek Moist Coklat kukus


sumber : Internet



Bahan:





2 biji telur


2 cawan tepung


1 cawan gula


1 cawan serbuk coklat


1 s/teh soda bicarbonate


1 s/teh baking powder


1 cwn susu ( 3/4 cwn susu + 1/4 cwn air)


1 cwn minyak


1 cwn air panas





cara-cara





* tepung, serbuk coklat, soda dan baking diayak


* kemudian tambahkan gula, telur, sus dan minyak gaul sebati


* akhir sekali tambahkan 1 cawan air panas kacau sehingga sebati


* kemudian kukus





Topping



coklat masakan


shortening


gula-gula manik


coklat putih





cara:





* Double boiling coklat masakan kemudian campurkan shortening


* sejukkan sebentar kemudian tuang kan atas kek


* taburkan lah gula-gula manik


* coklat putih pun kena double boiling, sejukkan sebentar. masukkan dlm kertas @ plastik utk membuat tulisan diatas kek.






Tadaa......


Siap. mudahkan...


0 ulasan: