Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers


VANILLA CUP CAKE
Sumber : Majalah saji ( MEI 2010)
 

Bahan utk kek
110 gram tepung naik sendiri
110 gram mentega
110 gram gula castor - jue kurangkan kpd 90 g coz buttercream pun dah manis...
2 biji telur 
1 sudu kecil esen vanilla

Cara menyediakan:

  1. untuk membuat kek, masukkan gula castor dan mentega ke dalam adunan. putar sehingga kembang....
  2. setelah kembang, masukkan telur dan esen vanila, putar sehingga sebati.
  3. kemudian masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan dan putar lagi sehingga keputihan.
  4. gunakan corong plastik dan masukkan adunan ke dalam acuan kek - jue guna sudu jer
  5. masukkan dalam ketuhar dan bakar selama 10 hingga 15 minit pada suhu 165 hingga 170c 


Dalam buku saji nie kek cawan vanila berperisa lemon. Oleh kerana Jue kurang suka bau nyer Jue tak letak jus lemon. Buat teman-teman yang lain gemar akan perisa lemon boleh lah tambah 1 sudu kecil perahan lemon yerkkk...


Buttercream 
sumber : KAK UMMI

Bahan;

250 gram mentega 
250 gram krimwell
250 gram gula
3 biji putih telur
1 sudu teh esen vanila

cara-caranyer:

  1. pukul mentega dengan krimwell hingga ringan dan gebu. pastikan benar-benar gebu.
  2. masukkan sedikit demi sedikit gula iasing dan putar sehingga sebati.
  3. campurkan sedikit demi sedikit putih telur dan pukul rata setiap kali memasukkannyer.
  4. bubuh esen vanila dan kacau sebati. siap digunakan....




0 ulasan: