Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers





<Sila abaikan backgroundnyer yerk...Kat umah tak sempat nak snap gambo. pepagi lagi mama anim nak ambil Baju anim yang nie sama jer dengan entry hari tu..baju

Cik siti Zaharah kita punya kuih... Minta maaf laaa tak leh nak kasi extra anak sedara hang makan belaka. Sampai mak nyer pun tak sempat nak rasa....

Sante Finger bersalut coklat strawberry
Sante Finger bersalut coklat pandan
Sante Finger Bersalut Coklat
Baju Riau Cikgu Iza




Baju nie Cikgu sekolah Nisa tempah. Memandai betul anak dara Jue sorang nie beritahudekat cikgu, mamanyer jahit baju. Nak tolak, cian plak dah kat ghaya tak deq kedai terima tempahan lagi. Timbang punya timbang terimalah juga. Risau next time bila kena kat diri sendiri atau anak-anak mcm mana plak, time minta tolong orang tak nak tolong.
Baju Kurung Mak Cikgu Iza
Baju Kak siti
baju Ema

Ini pula tempahan dari jiran Jue kak Siti dan anak nyer. Sedondon juga.Menjahit baju nie sungguh mencabar sekali. Kain nyer lembut sangat. lagipun Jue tak biasa jahit kain lembut gilerrrr. Betul-betul menguji kesabaran. Alhamdulillah pemilik baju nie berpuas hati.


ini pula baju mama Anim.

Abaikan benang yang tak digunting lagi yerk.... Manik dihujung tangan baju tu pun pemilik baju nie sendiri yang jahit... Jue hanya jahit bajunyer saja....
Kurung Hanim



Ini pula baju kurung Fariza Hanim.. Sedondon ngan mamanyer. Tema raya Purple.


Yang bahagian Manik nyer plak hasil kerja dan keras tangan mamanyer.


Bersengkang mata Mak ngah arah kiter nie menjahit manik pada baju Anim. "Kasih Ibu". nak tengok anak lawa


kaaannnnn....hehehehehe.....


Inilah anak dara kita tengah menggayakan baju tangan kembong yang diminta siang malam bila nengok baju mama nyer ada tangan kembong. Nengok la kain nyer jarang gilerrr..... pilihan hati si Nisa Farzana.... Apa yang mama pilih masa kat kamdar semua nisa tak berkenan. " kakak nak colour pink mama". bila Jue tunjuk tanah kain warna purple lembut tapi bunga pink, bleh dia sound mamanyer.." mama... tu bukan colour pink tu warna purple laa...". Camgitula anak zaman skang. Baru 4 tahun dah pandai nak pilih kain sendiri.

Balik dr Kamdar terus tanya bila mama nak buat baju kakak n adik....? Nengok muka nyer cian jer coz dah lama nak sangat baju tangan kembong (spa Q). malam tu juga la memotongnyer....
Masa menjahit baju nie pun asyik berdiri menunggu kat sebelah mengalahkan "mandor" memantau mama menjahit. Sampai tertidor la nak menunggu baju siap. Nasib baik laa adik kecik lagi tak pandai nak request.Tak sempat raya dah pakai...

Tapi bila nengok anak suka pkai bertambah semangat la mama nak menjahit lagiiii.



Baju nie milik si debab Hanim.
Tapi hanim dah tak debab dah. Tak boleh laa mama Jue panggil Debab... Nanti Mama Jue fikir nak panggil apa pulak yerkkkk. Tapi sayang tak dapat snap masa baju nie Hanim pakai.... Mak ngah Arah suka tak ngan baju anim nieeeee. Klu Mak Ngah Arah nak buat utk Mak Ngah Arah pkai pun Mama Jue bleh jahitkannnnn. Biar seksi gituuuuuu.....

Selamat Pengantin Baru.....Mak Tam


Siap jer kek utk Dayah terus Deco utk kek Mak Tam Plak. Minta maaf bebanyak la Mak Tam Kek nie coklatnyer Cair coz tak sempat nak tunggu kek betul2 sejuk. Papa Nisara dah tak sabar nak balik kg. ikutkan papa tak perlu nak deco2. Buat bunga biasa jer laaa nozel masih tak jumpa. tapi apa yang penting sampai kampung tak sempat nak tunggu Majlis nikah dah habis..... dimakannnn oelh anak2 buah Mak Tam....

Kek


Selamat Bertunang Buat Dayah.......


Kek nie Jue buat sebagai pengganti diri kerana tak dapat menghadiri majlis pertunang Dayah. Kebetulan adik ipar jue pun buat majlis angkat nikah.... Buat masa balik kerja. Nak di jadikan cerita sebenarnyer Jue nak buat bunga lain jadi bunga lain. Nozel bunga ros tah kemana pergi nyer... simpan punya simpan sampai tak tahu kat mana disimpan......
Tadaaaaa..................

Salam buat semua... Minta maaf bebanyak kerana dah lama bangat tak mengupdate blog nie pada teman-teman yang setia mengunjungi blog Jue nie. Bahan cerita banyak yang nak dikongsikan bersama cuma kesempatan yang tak mengizinkannnnn. Oleh kerana dah lama dibiarkan bersawang, Jue akan cuba menyerikan balik blog yang dah suram nie.....

Tq buat adik iparku yang sentiasa bertanya bila nak update blog nie... Ternyata ghupanyer hang nie pengikut setia blog HOBIKU ini. Tq tq tq.......

Oleh kerana semalam baru mengikuti Bengkel Pembinaan Blog oleh PUSPANITA dengan semangat berkobar-kobar nak menghias balik blog niee. almaklumlah sebelum nie blog yang dibina tak pernah mendapat tunjuk ajar hanya main redah jerrrr. Sekarang tahulah serba sedikit...hehehehe.... Harap-harap bukan "hangat-hangat tahi ayam" bak kata peribahasa......
Inilah akhirnya yang terjadi dari hasil keras tanganku......
Heeeeheeeeheeee. Jue tak buat banyak cukup-cukup untuk satu pahar jerrr....

ini kerana kesuntukan masa.